Dakwah
harus menggunakan kaedah yang syar'i, seperti kata-kata dan penjelasan. Kaedah
dakwah harus bersumber dari nilai-nilai Islam. Dakwah, sebagai kaedah untuk
menanamkan nilai-nilai hati, tidak boleh menggunakan kaedah-kaedah jahiliah.
Segala kaedah dan cara harus sesuai dengan fikrah dan ruh ajaran Islam. Berapa
banyak pemuda yang bersemangat menempuh jalan dakwah fardiyah, tetapi mereka
merasa tidak berhasil dan tidak mampu memahami kaedahnya. Itulah di antara
hambatan yang menghalangi mereka untuk merealisasikan tujuan.
Di
antara kendala yang menonjol adalah masih terdapatnya da'i yang tidak memiliki
kapasiti ilmu dan pemahaman yang baik. Boleh jadi ia tersesat, walaupun memiliki
kepekaan, keterampilan, dan pandangan yang luas. Rasulullah telah memberi
kemudahan dalam hal ini seraya bersabda, "Sampaikan dariku walau hanya satu
ayat!" Banyak kata-kata baik yang cukup menarik dan berpengaruh, seperti
orang-orang berpengalaman yang mengatakan bahawa "kata itu membawa kehahagiaan".
Bahkan menyusun kalimat yang tepat merupakan sesuatu yang penting.
Allah
berfirman, "Katakanlah
(kepada manusia dengan) perkataan yang benar." { M A h b )
Seorang
da'i, ketika menghadapi siapa pun, harus berfikir bahawa seseorang mungkin saja
tercemar oleh pemikiran-pemikiran kotor yang diwariskan oleh para
taghut yang
menyebarkan pemahaman sesat tentang orientasi Islam. Oleh kerana ltu, janganlah
putus asa apabila menghadapi tentangan ini, sebaliknya engkau harus
mempersiapkan diri guna menghadapinya. Bahkan, engkau harus memaafkan kebodohan
mereka tentang hakikat yang tidak mereka ketahui ini. Bila engkau memahami
hakikat ini, engkau harus bersabar untuk hidup bersama mereka sampai mereka
mengetahuinya. Rasulullah saw. telah bersabda, "Bersikap lunaklah kepada manusia
dan bersabarlah bersama mereka!"
Sikap
lunak dan kasih sayang dalam kesabaran men-dekatkan seseorang pada hakikat yang
tidak diketahuinya. Sehingga bila mereka memahami dan merasakannya, niscaya akan
mengimani dan meyakininya.
Sebuah
syair bertutur:
Barangsiapa mencicipi
"rasa"Islam.
Ia memahaminya Barangsiapa
memahaminya
la bangkit dengan rubnya sebagai
tebusan
Hendaknya
dipahami bahawa uslub
(kaedah)
dakwah itu berbeda antara satu orang dengan orang lain. Kaedah dakwah juga tidak
tetap, tergantung situasi dan kondisi. Nah, pengetahuan tentang situasi dan
kondisi inilah yang akan menentukan pilihan strategi dan kaedah dakwah yang
tepat. Rasulullah saw. pernah didatangi seorang pegulat bernama Rukamah, waktu
la belum masuk Islam. la tidak bertanya kepada Rasulullah saw. tentang aqidah
atau ibadah, tetapi ia mengatakan, "Bila kamu dapat mengalahkan aku, aku
bersedia masuk Islam." Beliau pun menerima tantangan itu, ternyata beliau dapat
mengalahkannya. Maka, Rukamah pun masuk Islam.
Hamzah
bin Abdul Muthalib baru saja datang dari berburu, waktu ia belum masuk Islam,
tiba-tiba diberi-tahu bahawa Abu Jahal telah memaki keponakannya, Muhammad saw.,
pada saat beliau sedang duduk di samping Ka'bah. Serta merta Hamzah datang ke
Ka'bah lalu memukul kepala Abu Jahal hingga terluka, seraya berkata, "Mengapa
kamu mencela Muhammad padahal saya penganut agamanya!" Pada saat itu juga Hamzah
menyatakan, "Saya telah masuk Islam!"
Tidak ada komentar:
Posting Komentar